Pulau
Langkawi
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah
dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas
cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan
lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada
destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan
suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.
Asal Usul Nama
Nama
Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi".
"Lang" diambil daripada perkataan bahasa
Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan
menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah
hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi
juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat
tradisi Hindu Jawa. Selain itu,
Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang
yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri
diatas Batu Kawi."Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).
Geografi
Langkawi
terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut
Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand.
Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama
gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan
Kuah.Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.[1][2]
Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Sejarah
- Kurun ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.
- Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.
- 1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".
- Pulau Langkawi menjadi milik Great Britain melalui Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909. Ralph Spencer Paget, Duta Britain di Siam memainkan peranan penting dalam menyelamat pulau ini daripada terus ditakluk Siam. Semasa proses rundingan antara Britian dengan Siam, beliau telah memaklumkan kepada Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam, yang mana pihak Britain tetap mahukan Pulau Langkawi menjadi milik Britian. Hasilnya pada 10 Mac 1909 Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani memberi hak pulau ini kepada Britain. Dalam Lampiran 1 Protokol Sempadan Yang Dilampirkan Pada Perjanjian Bertarikh 10 Hari Bulan Mac 1909 menyatakan tentang kedudukan langkawi adalah seperti berikut:
"Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan
pulau-pulau kecil ke selatan selat tengah di antara Pulau Terutau dengan Langkawi
dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great Britain.
Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan kekal menjadi
kepunyaan Siam"
- Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas lulus dari Universiti Malaya di Singapura[3][4].Sejak itu, beliau ingin mengubah "Sumpah Mahsuri 7 Keturunan" menjadi pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Mitos
Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di
Langkawi termasuklah:
- Gergasi Bertarung
- Pulau Dayang Bunting
- Mahsuri
- Puteri Dayang Sari
- Telani dan Telanai
- Geroda dan Jentayu
- Telaga Tujuh
Pengangkutan
Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang
menghubungkan Satun di selatan Thailand, Pulau Payar, Pulau Pinang, Kuala Kedah, dan Kuala Perlis di tanah besar Semenanjung Malaysia. Kapal Star Cruises berlabuh di
pelabuhan Awana Porto Malai di sebelah barat pulau ini.
Langkawi mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang agak besar,
iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Berikut adalah penerbangan-penerbangan
ke Langkawi.
- AirAsia (Kuala Lumpur,George Town Pulau Pinang,Singapura)
- AirAsia (Bangkok) (Bermula Januari 2007)
- Penerbangan Malaysia (Kuala Lumpur, George Town Pulau Pinang, Singapura)
- FireFly ( Subang , George Town Pulau Pinang )
- Singapore Airlines
- SilkAir (Singapura)
No comments:
Post a Comment