Thursday, 31 May 2012
Wednesday, 30 May 2012
Tuesday, 29 May 2012
Monday, 28 May 2012
Pulau Pangkor
Pulau Pangkor
Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200
hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor
merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan
memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang
menjadi tumpuan pelancong adalah:-
Tokong Fu Ling Kong
- Kota Belanda
- Batu bersurat
- Pantai Puteri Dewi
- Pantai Pasir Bogak
- Teluk Nipah
Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau
menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti
laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.
Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh
orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat
peranginan kecil mewah.
Gugusan Pulau Pangkor
- Pulau Mentagor
- Pulau Pangkor Laut
- Pulau Giam (terletak kira-kira 3.8 batu nautika)
Cara Ke sana
- Untuk pergi ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan atau jeti di Lumut. Naik feri di Lumut, 20 minit, mulai 2003 tambang feri dikenakan RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak.
- Lebuh raya Ipoh Lumut memudahkan perjalanan dari Ipoh untuk berkelah di Pulau Pangkor. 90 km di Barat daya bandar Ipoh.
- Dari Kuala Lumpur menerusi Lebuh raya Utara Selatan, anda ikut susur keluar di Gopeng dan masuk ke arah Lumut / Sitiawan
- kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang.
- Sekitar pulau Pangkor, boleh sewa bas dengan kadar RM40.00 pusing satu pulau.
Penduduk
- Pe1999: terdapat seramai 6,260 orang penduduk tetap, 2,992 orang penduduk yang datang bekerja di pulau itu dan 568,248 orang pelancong.
- 2015: dijangka penduduk tetap akan meningkat kepada 8,330 orang manakala penduduk yang datang kerana bekerja seramai 4,664 orang sementara pelancong pula menjangkau angka 1.7 juta orang.
Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama .
- 1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Selalu terjadi aktiviti lanun di Selat Dinding.
- 1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak. Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris. (SHTI)
Tempat-Tempat
M enarik
- Galeri Sultan Azlan Shah
- Gua Tempurung
- Teluk Nipah
- Pasir Bogak
- Pangkor Laut
- Pulau Sembilan
- Kota Belanda
- Batu Bersurat
- Kilang ikan bilis
- Kuil Kek Lok Tong
- Mata air panas Sungkai
- Teluk Chempedak
- Teluk Penyu
- Pantai Puteri Dewi
- Teluk Belanga
- Zoo Taiping
- perkampungan nelayan dan membina bot nelayan
Zon Pembangunan
- zon pembangunan pelancongan
- zon pengekalan
- zon pembangunan terhad
- zon pelancongan budaya
- zon pembangunan bercampur
- lapangan terbang
- sungai/laut
- jalan raya, trek pejalan kaki dan kontor.
Lima Kawasan Perancangan
Kawasan Rancangan Tempatan Pulau Pangkor meliputi lima blok perancangan iaitu :- Teluk Dalam
- Teluk Cempedak
- Sungai Pinang
- Teluk Segadas
- Pangkor Laut.
Guna tanah
Hanya 30% daripada kawasan DRTPP akan dimajukan menjelang tahun 2015 dan selebihnya dikekalkan sebagai kawasan hutan simpan.- perdagangan dan pelancongan 14.35%
- perumahan 11.09%,
- Pembangunan perdagangan termasuk rumah kedai, pejabat, kompleks perdagangan, pusat makanan dan gerai.
- Pembangunan pelancongan termasuk hotel, chalet, rumah tumpangan, kedai cenderamata dan sebagainya .
Kemudahan awam
- Di Teluk Dalam akan dibina pondok polis, perumahan kakitangan kerajaan dan pusat penerangan pelancongan. Teluk Dalam sebagai Bandar Marina.
- Di Sungai Pinang akan dibina pejabat penghulu, perpustakaan dan hospital.
- Teluk Nipah dimajukan sebagai Pusat Perkhidmatan Baru
- Hutan Simpan Pulau Pangkor - dimajukan sebagai eko-pelancongan dan hutan lipur. Diadakan pusat maklumat, rintis hutan iaitu taman tumbuh-tumbuhan dan herba. Kemudahan di hutan lipur seperti trek pejalan kaki, titi gantung, menara pandang, kemudahan berehat, musalla, tandas awam, papan penamaan pokok dan sebagainya akan dimajukan.
- Teluk Chempedak dijadikan pusat kraftangan, hasilan laut, makanan ringan serta produk pelancongan yang diusahakan secara kecil-kecilan. Perusahaan membaik pulih bot nelayan dan kapal.
Lawatan Raja Nazrin Shah
Pada 19 Februari 2010, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah telah melawat ke Pulau Pangkor bersama Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim Davidson. Baginda pergi ke Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor di Kampung Masjid dan sembahyang di Masjid Teluk Raja Bayang dan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Pangkor.Turut serta ialah Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria , Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
[sunting] Pautan luar
- Maklumat terkini Pulau Pangkor 2010
- Semua Tentang Pulau Pangkor Dan Informasi Terkini
- informasi terkini tempat-tempat menarik pulau pangkor
- Peta Dinamik dari Google.com
Pulau Langkawi
Pulau
Langkawi
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah
dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas
cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan
lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada
destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan
suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.
Asal Usul Nama
Nama
Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi".
"Lang" diambil daripada perkataan bahasa
Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan
menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah
hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi
juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat
tradisi Hindu Jawa. Selain itu,
Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang
yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri
diatas Batu Kawi."Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).
Geografi
Langkawi
terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut
Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand.
Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama
gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan
Kuah.Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.[1][2]
Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Sejarah
- Kurun ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.
- Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.
- 1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".
- Pulau Langkawi menjadi milik Great Britain melalui Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909. Ralph Spencer Paget, Duta Britain di Siam memainkan peranan penting dalam menyelamat pulau ini daripada terus ditakluk Siam. Semasa proses rundingan antara Britian dengan Siam, beliau telah memaklumkan kepada Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam, yang mana pihak Britain tetap mahukan Pulau Langkawi menjadi milik Britian. Hasilnya pada 10 Mac 1909 Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani memberi hak pulau ini kepada Britain. Dalam Lampiran 1 Protokol Sempadan Yang Dilampirkan Pada Perjanjian Bertarikh 10 Hari Bulan Mac 1909 menyatakan tentang kedudukan langkawi adalah seperti berikut:
"Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan
pulau-pulau kecil ke selatan selat tengah di antara Pulau Terutau dengan Langkawi
dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great Britain.
Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan kekal menjadi
kepunyaan Siam"
- Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas lulus dari Universiti Malaya di Singapura[3][4].Sejak itu, beliau ingin mengubah "Sumpah Mahsuri 7 Keturunan" menjadi pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Mitos
Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di
Langkawi termasuklah:
- Gergasi Bertarung
- Pulau Dayang Bunting
- Mahsuri
- Puteri Dayang Sari
- Telani dan Telanai
- Geroda dan Jentayu
- Telaga Tujuh
Pengangkutan
Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang
menghubungkan Satun di selatan Thailand, Pulau Payar, Pulau Pinang, Kuala Kedah, dan Kuala Perlis di tanah besar Semenanjung Malaysia. Kapal Star Cruises berlabuh di
pelabuhan Awana Porto Malai di sebelah barat pulau ini.
Langkawi mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang agak besar,
iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Berikut adalah penerbangan-penerbangan
ke Langkawi.
- AirAsia (Kuala Lumpur,George Town Pulau Pinang,Singapura)
- AirAsia (Bangkok) (Bermula Januari 2007)
- Penerbangan Malaysia (Kuala Lumpur, George Town Pulau Pinang, Singapura)
- FireFly ( Subang , George Town Pulau Pinang )
- Singapore Airlines
- SilkAir (Singapura)
Subscribe to:
Posts (Atom)