Name:
|
Video Pulau Redang (dari Youtube)
Video Pulau Langkawi
Video Cable Car di Pulau Langkawi
Pulau Pangkor
Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200
hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor
merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan
memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang
menjadi tumpuan pelancong adalah:-
Tokong Fu Ling Kong
- Kota
Belanda
- Batu
bersurat
- Pantai Puteri
Dewi
- Pantai Pasir
Bogak
- Teluk
Nipah
Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau
menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti
laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.
Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh
orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat
peranginan kecil mewah.
Gugusan Pulau Pangkor
Cara Ke sana
Penduduk
- Pe1999: terdapat
seramai 6,260 orang penduduk tetap, 2,992 orang penduduk yang datang
bekerja di pulau itu dan 568,248 orang pelancong.
- 2015:
dijangka penduduk tetap akan meningkat kepada 8,330 orang manakala
penduduk yang datang kerana bekerja seramai 4,664 orang sementara
pelancong pula menjangkau angka 1.7 juta orang.
Sejarah
Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama .
Tempat-Tempat
M enarik
Zon Pembangunan
- zon pembangunan pelancongan
- zon pengekalan
- zon pembangunan terhad
- zon pelancongan budaya
- zon pembangunan bercampur
- lapangan terbang
- sungai/laut
- jalan raya, trek pejalan kaki dan kontor.
Lima Kawasan Perancangan
Kawasan
Rancangan Tempatan Pulau Pangkor meliputi lima blok perancangan iaitu :
- Teluk Dalam
- Teluk Cempedak
- Sungai Pinang
- Teluk Segadas
- Pangkor Laut.
Guna tanah
Hanya
30% daripada kawasan DRTPP akan dimajukan menjelang tahun 2015 dan selebihnya
dikekalkan sebagai kawasan hutan simpan.
- perdagangan dan pelancongan 14.35%
- perumahan 11.09%,
- Pembangunan perdagangan termasuk rumah
kedai, pejabat, kompleks perdagangan, pusat makanan dan gerai.
- Pembangunan pelancongan termasuk hotel,
chalet, rumah tumpangan, kedai cenderamata dan sebagainya .
Kemudahan awam
- Di Teluk Dalam akan dibina pondok polis,
perumahan kakitangan kerajaan dan pusat penerangan pelancongan. Teluk
Dalam sebagai Bandar Marina.
- Di Sungai Pinang akan dibina pejabat penghulu,
perpustakaan dan hospital.
- Teluk Nipah dimajukan sebagai Pusat
Perkhidmatan Baru
Komponen-komponen
yang akan dimajukan di kedua-dua kawasan ini termasuklah kawasan perniagaan,
pusat kebudayaan, kraftangan, hotel, pusat persidangan, pusat pameran maritim
dan sebagainya.
- Hutan Simpan Pulau Pangkor - dimajukan
sebagai eko-pelancongan dan hutan lipur. Diadakan pusat maklumat, rintis
hutan iaitu taman tumbuh-tumbuhan dan herba. Kemudahan di hutan lipur
seperti trek pejalan kaki, titi gantung, menara pandang, kemudahan
berehat, musalla, tandas awam, papan penamaan pokok dan sebagainya akan
dimajukan.
- Teluk Chempedak dijadikan pusat
kraftangan, hasilan laut, makanan ringan serta produk pelancongan yang
diusahakan secara kecil-kecilan. Perusahaan membaik pulih bot nelayan dan
kapal.
Lawatan Raja Nazrin Shah
Pada
19 Februari 2010, Raja Muda Perak Raja
Dr Nazrin Shah telah melawat ke Pulau Pangkor bersama Raja Puan Besar Perak
Tuanku Zara Salim Davidson.
Baginda pergi ke Sekolah
Kebangsaan Sri Pangkor di Kampung
Masjid dan sembahyang di Masjid Teluk Raja Bayang dan
menghadiri majlis sambutan Tahun
Baru Cina di Dataran Pangkor.
Turut
serta ialah Mufti Negeri Perak Tan
Sri Harussani Zakaria ,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong
Cho Ha dan Menteri Besar Perak
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Pulau
Langkawi
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah
dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas
cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan
lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada
destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan
suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.
Asal Usul Nama
Nama
Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi".
"Lang" diambil daripada perkataan bahasa
Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan
menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah
hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi
juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat
tradisi Hindu Jawa. Selain itu,
Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang
yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri
diatas Batu Kawi.
"Kawi"
dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai
pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia
membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan
lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends
of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan
Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).
Geografi
Langkawi
terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut
Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand.
Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama
gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan
Kuah.
Titik
tertinggi Langkawi ialah Gunung
Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan
tengah-barat pulau utama.[1][2]
Kepulauan
ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2
(204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Sejarah
- Kurun
ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai
digunakan oleh Laksamana Cheng
Ho ketika melawat Melaka
pada tahun 1405.
- Kurun
ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu.
Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.
- 1621,
Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis,
menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada
sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan,
beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih,
hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan
teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".
- Pulau
Langkawi menjadi milik Great Britain melalui Perjanjian Bangkok 1909 atau
Perjanjian Anglo-Siam 1909. Ralph Spencer Paget, Duta Britain di Siam
memainkan peranan penting dalam menyelamat pulau ini daripada terus
ditakluk Siam. Semasa proses rundingan antara Britian dengan Siam, beliau
telah memaklumkan kepada Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar
Negeri Kerajaan Siam, yang mana pihak Britain tetap mahukan Pulau Langkawi
menjadi milik Britian. Hasilnya pada 10 Mac 1909 Perjanjian Bangkok 1909
yang ditandatangani memberi hak pulau ini kepada Britain. Dalam Lampiran 1
Protokol Sempadan Yang Dilampirkan Pada Perjanjian Bertarikh 10 Hari Bulan
Mac 1909 menyatakan tentang kedudukan langkawi adalah seperti berikut:
"Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan
pulau-pulau kecil ke selatan selat tengah di antara Pulau Terutau dengan Langkawi
dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great Britain.
Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan kekal menjadi
kepunyaan Siam"
Mitos
Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di
Langkawi termasuklah:
Pengangkutan
|